Followers

Jun 18, 2012

Hilangkan kutu kepala???

Salam,

Ada sesiapa yg selalu rasa gatal2 kepala tak? Cuba chek betul2, mungkin ada kutu kat kepala tuh.. Mungkin ada yang tak percaya.. macam mana pulak kutu tuh boleh berpopulasi kat atas kepala kan, padahal korang selalu syampu rambut tuh.. Hmmm... Manalah tahu, sebab kemungkinan berjangkit ngn anak2 kita... Anak2 pula berjnagkit ngn kekwn diorg kt tadika or sekolah.. (bg yg dh berkahwin la...) , tak pun berjangkit nagn adik2 or kekwn anda...

Bagaimana ia berjangkit?

Kutu tidak boleh melompat atau terbang seperti tanggapan sesetengah orang tetapi ia boleh merangkak dengan cukup laju. Ia sangat mudah merebak menerusi sentuhan fizikal kepala ke kepala terutamanya di kawasan yang sesak seperti sekolah, kem dan pusat penjagaan kanak-kanak harian. Justeru, tidak hairanlah jika masalah kutu lebih lazim ditemui di kalangan kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun. Kadangkala, ia juga boleh berlaku melalui perkongsian tuala, pakaian, topi, tilam, bantal mahupun sikat. Jika kutu terlekat pada salah satu barangan di atas dan ia kemudiannya menyentuh kepala orang lain, orang tersebut juga boleh dijangkiti.

Petua hilangkan kutu kepala...

  1. Ambil beberapa biji bawang putih. kupas kulitnya dan tumbuk sampai lumat. lepas tu campurkan dengan sedikit minyak masak dan lumurkan ke kepala. pastikan kene pada rambut sampailah ke kuli kepala. selepas dilumur, ambil sehelai kain bersih seeloknya yang berwarna putih dan balut atau tutup keseluruhan kepala. biarkan selama sejam. bila dibuka biasanya boleh nampak kutu2 yg mati melekat kat kain tuh.. setelah dibuka, bolehlah mandi atau membasuh kepala dengan syampu hingga bersih.
  2. Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kuli kepala. biarkan selama 5 - 10 minit dan bilas dengan air bersih. rambut akan kembali sihat dan bebas dengan kutu jika diamalkan selalu..
  3. Menggunakan cuka putih pada rambut. biarkan selama 2-3 jam. balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. lakukan cara ini 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari kutu.

No comments:

Post a Comment