Followers

Apr 23, 2014

Tips nak sejukkan bilik.. Sejukkan Suhu Dalam Rumah..

Salam Semua..

Sihat tak semua? Kebelakangan nie ramai orang demam, haruslah tanya orang lain sihat ke tak pulak kan?concern..heee..Korang perasan tak tiga empat hari ni, udara/cuaca/suhu sangat2 la panas. Tak tahu lah kesan Global Warming ke ape.. Hujan pun dah lama tak menjengah bumi (kat tempat aku la) Aku rasa nak je mandi berendam dalam tub 24 jam.. Weekdays ok lagi, boleh bukak aircond kuat2 kat ofis, time hari minggu and malam..wah! Tuhan jer yang tahu..*terus insap, ingat panas kat akhirat nanti.. sob2* Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas. Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!

Ok.. kat sini aku nak bagi tips kat korang tuk sejukkan bilik korang.. Pada sesiapa yang bilik dia dah ada aircond, tak yah la ikot tips ni, on je aircond korang tu, duk diam2.. hah, pada sape yang tak de benda alah canggih penyumbang penipisan ozon tuh (gaya orang tak mampu beli aircond.. hehe) meh sini dengar and ikot tips yang aku nak kasi ni.. Tak yah ambil kertas ngan pen la, bukan nak bagi resepi..senang je ni..

LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Untuk hilangkan rasa bahang panas atau nak turunkan suhu bilik anda, letak air dalam besen atau baldi.. Besen lebih afdal kot sebab saiz permukaannya lebih besar.. Jenis air ialah air paip ye.. letak air manis kang, bersemut pulak.. kalau letak ais, mungkin kesannya lagi best..kot? Kuatiti air ikot korang la, separuh bekas pun boleh..kalau bekas tu besar, tak larat nak angkat, letaklah sekadar termampu.. jangan paksa diri semata2 nak sejuk bilik, terkehel bahu pulak.. then, letakkan saje baldi/besen berisi air tadi dalam bilik.. biar je sepanjang hari/malam.. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik. Jadi, boleh la turunkan suhu bilik anda.. Keberkesanan tips ini masih lagi dikaji.. Aku pun baru je try, kesannya masih tak dapat dikenal pasti.. Sama2 la kita cuba yer, kalau tak jadi pun tak de la rugi benor, kecuali korang tersepak bekas tu time mamai2 bangun malam nak pergi toilet.. hahahaha..ops!

PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk. 

AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment