Followers

Jun 28, 2011

Aiskrim


Aiskrim adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.
Walaupun istilah aiskrim sering digunakan untuk menunjuk kepada pencuci mulut beku dan makanan ringan, tapi sebenarnya khas digunakan untuk menunjuk kepeda pencuci mulut beku dan makanan ringan yang terdiri dari lemak susu. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, mengehadkan penggunaan istilah tersebut berdasarkan kuantiti kandungan asas makanan tersebut.
Aiskrim moden komersil dibuat daripada campuran bahan di bawah ini:
  • 10-16% lemak susu
  • 9-12% susu pejal tanpa lemak: komponen ini, juga dikenali dengan serum pejal, mengandung protein (casein dan whey protein) dan karbohidrat(laktosa) ditemukan dalam susu
  • 12-16% pemanis: biasanya gabungan sukrosa dan/atau pemanis sirap jagung berdasarkan-glukosa
  • 0.2-0.5% penstabil dan pengemulsi seperti contoh agar atau carrageenan yang diambil dari rumpai laut
  • 55%-64% air yang berasal dari susu padat atau bahan lainnya.



No comments:

Post a Comment