Followers

Jun 28, 2012

Tips Cara Hilangkan Jerawat

Lelaki kacak tdk sukakan wanita berjerawat. Semenjak dr dulu jerawat mmg menjadi permasalahan utama bg wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pd muka mmg tdk disukai ramai. Macam2 tips & produk yg telah sy cuba utk mengatasinya. Kali ini sy nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Dgn Cara Mudah & Cepat tanpa guna produk kecantikan & juga bahan kimia yg berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dlm entry ini pernah dicuba oleh rakan2 masa sekolah & belajar di kolej.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yg bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik utk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) & juga menghilangkan jerawat. Mula2 belah buah tomato & lumurkan ke seluruh muka & biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dgn air suam. Utk hasil yg terbaik amalkan juga dgn makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula2 ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pd tembikar atau alas pengasah campurkan dgn sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sbg masker dan sapukan ke seluruh muka sblm masuk tidur. Bilas dgn air bersih pd keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis2 sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa blh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis mmg paling mujarab utk cuba. Cuma kelemahan panas & bau rempah yg kuat. hee…
3. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sblm tidur, letakkan ubat gigi pd bahagian yg ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dgn air yg suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu utk mengeringkan jerawat & ia juga mampu utk menyerap minyak pd wajah. Ini tips paling mudah sekali utk amalkan & mmg menjadi. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pd jerawat.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First, pisahkan kuning telur dgn putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda & diam selama 15minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yg seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Slps itu cuci dgn air suam. Selain itu, telur putih ini blh buang blackhead & whitehead dgn korang rendamkan tisu dgn telur putih kemudian tampalkan tisu pd hidung. Slps kering, tengok blackhead & whitehead melekat pd tisu. Kelemahannya bau hanyir pd telur tapi tips ini pun menjadi sy amalkan.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jgn dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak 3 kali & basuh muka dgn air basuhan beras tersebut. Jgn dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Slps kering, cuci dgn air suam.
6. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa dan Kunyit Hidup
Ambil sedikit asam jawa & beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit hidup itu & campurkan dgn asam jawa & sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dgn bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat  & kulit akan menjadi lebih halus.
7. Hilangkan Jerawat Dengan Bedak Sejuk
Sediakan campuran bedak sejuk dgn garam & air asam jawa. Selawat pd Nabi 3 kali. Sapukan ditempat jerawat. Insyallah, jerawat akan beransur hilang.
8. Hilangkan Jerawat Dengan Air Limau Nipis
Sediakan campuran air limau nipis dgn 1 sudu minyak masak. Sblm tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam keping & rendam dlm air panas. Setelah sejuk & suam, basuhlah muka anda dgn air itu. Ambil asam & gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokkan anda pd tempat2 yg berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dgn air yg bersih. Insyallah, muka anda akan menjadi licin & bersih.
9. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Keping
Rendamkan beberapa keping asam keping selama 1 mlm. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua2 bahan & sapukan pd keseluruhan muka. Amalkan 2 kali seminggu.
10. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Kisar timun & tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pd wajah yg berparut. Biarkan ½jam. Kemudian cuci dgn air suam.
Semua orang pasti tdk suka jerawat, lebih2 lagi jerawat di muka yg menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tdk hilang dgn mudah di wajah kita.
Yg penting utk amalkan tips ini kena rajin & konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yg diamalkan bergantung kpd beberapa faktor spt kesesuaian dgn individu, jenis kulit, kekerapan amalan & paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yg menentukan. Utk mengetahui mana satu kaedah yg sesuai kita kenalah usaha utk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Dgn Cara Mudah & Cepat ye!

1 comment: