Followers

Jul 4, 2014

IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM


Salam semua... ape khabar?? Sihat.. dah lame tak update blog ne.. sunyi pulak rasa... hehehehe... Bulan puasa nie macam2 resepi yang ada dikepala kan nak masak ape untuk berbuka nanti kan?? kadang2 ada aje resepi baru yang hendak dicuba kan? tercari2 kt mana2 untuk mencuba resepi baru. Pada petang nie saya nak bagi skt la resepi saya... simple aje tak banyak pun bahan2 die. Resepi Ikan Talang Masak Asam buatan sendiri. Sementara menunggu berbuka nie jenguk2 la ye. Manalah tau ada yang berminat nak mencuba.. sila2...


3 keping ikan talang masin (dipotong dadu)
3 biji cili padi (diketuk-ketuk)
Sedikit cili kering digunting kecil-kecil
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
2 biji bawang putih (dimayang)
1 biji tomato (dihiris bulat/tebal)
Sedikit halia
4 sudu minyak masak
Bahan perasa secukupnya (tidak perlu ditambah garam)

Cara-caranya-
  • Panaskan 4 sudu minyak masak
  • Goreng ikan masin dengan minyak yang sederhana (jangan terlalu garing)
  • Angkat ikan masin dan tinggalkan sedikit minyak
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili kering tadi
  •  Setelah kuning dan naik bau masukkan air asam jawa tadi hingga mendidih
  •  Masukkan bahan perasa secukup rasa dan tidak perlu masukkan garam
  •   Masukkan ikan talang masin dan renehkan dengan api sederhana
  •  Siap. Angkat dan hidangkan. 

SELAMAT  MENCUBA...

3 comments: