Followers

Jan 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Salam…

Saya rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun Baru 2012 kepada semua rakan-rakan semoga tahun baru 2012 ni. Tanpa kita sedari begitu cepat sekali waktu berputar dan kita sudah melangkah ke tahun 2012, sepanjang tahun sebelumnya, banyak pengalaman dan kenangan suka duka yang telah berjaya ataupun gagal untuk di tempuhi. Dan semoga permulaan tahun baru ini kita di sulami dengan tekad dan iltizam yang jitu dalam memajukan diri kita ini. Moga tahun baru ini menjanjikan kebahagian dan sesuatu yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya… Apa azam baru you all?… Setiap orang mempunyai azam baru sempena tahun baru yang baru menjenguk kita... Begitu juga dengan saya besar harapan saya untuk tahun ini (2012). Antaranya ialah moga saya boleh mengurangkan berat badan saya dan perut saya cepat susut... Hehehehehe... beleh ke??? Insyallah... Tapi tanpa effort mustahil kan... Hehehehe... 

Apa2 pun sama2 kita berdoa agar tahun baru menjanjikan rezeki yg melimpah ruah, kesihatan yg baik, menambahkan keimanan dan apa saja yg kita inginkan akan tercapai…. Mungkin lepas ni aku akan lebih rajin bersenam atau melakukan lebih banyak aktiviti... At least saya boleh juga jaga kesihatan dalam masa yang sama boleh kuruskan badan kan... Hahaha tu la azam saya tiap-tiap tahun tapi sampai sekarang pun masih lagi tak kurus2 hahaha... Apa nak buat dah nasib badan. Selera makin bertambah tak pernah surut.. kasi lah apa je makanan semua aku sumbat. Tapi insyallah lah tahun 2012 ni nak jaga kesihatan... kuurus atau tak tu perkara kedua. Kalau dah tak sihat nanti satu kerja tak boleh buat.. hehehehe...

Tahun 20012 ini saya akan memotivasikan diri supaya tidak membazir. Saya mengaku saya ini agak boros jugak... Apa yang saya nak saya akan cuba jugak membeli/mendapatkannya. Jadi tahun 2012 ni saya nak moyivasikan diri supaya tidak membeli benda2 yg tak berfaedah. lagi pun kita patut bersyukur dengan apa yang kita sekarang. Mungkin 2012 saya kena rajin simpan duit, yelah umur dah tua, tak kahwin2 lagi.. So bila lg nak kahwin kan??? So jangan ditanya bila aku nak kahwinok, tu semua kerja tuhan... Calonnya pun aku x de lg dah gatal2 nak kahwin pulak... nanti oragng akan cakap saya ne gatal la pulak... Hehehehehehe... Dan mencari kerja yang patut aku dapat mengikut diploma aku.. takkan penat2 belajar aku nak kerja ala kadar je kan... Takkan nak bergantung dengan orang tua lagi kot.. Duit MARA, PTPTN lg nak kene bayar... Serabut kepala la jawabnya.

Dan tahun 2012 ni aku nak rajin2 cakap English. Saya mengaku saya Tak pandai cakap english, tak pandai itu tak bermakna aku tak tak reti langsung tau. Cuma aku x pandai nak susun ayat bila nak bercakap dan takut tatabahasa yang aku guna berterabur la. So lepas ni saya akan try la bercakap English dengan family dan kawan2 saya. lantaklah kalau ada orang gelak. Saya tak rugi ap2 pun, at least aku belajar cakap dan menulis jugak. Lama2 nanti insyallah pandai la. aku pun ingat nak post english kat blog sekali dalam sebulan insyallah. So kalau ada kesalahan korang semua boleh betulkannya yea.. Orang dulu2 cakap kalau nak pandai dan berjaya kenalah belajar dari kesalahan dulu.. betul kan??

Ok la sampai disini saja dan diharap tahun 2012 ini akan lebih bermakna lagi dar tahun2 sebelumnya. bagi yang sudah berazam pada tahun baru tu harap2 korang semua berjayalah menyempurnakan azam korang tu nanti yea... 

Wassalam...

No comments:

Post a Comment